Wednesday, 15 February 2017

MAKANAN SEDAP DI BATU PAHAT. ( Rugi kalau tak cuba.... )

Bila orang tanya  makanan  apa yang best di Batu Pahat? Pantas aja aku jawap dengan jawapan di bawah ini....
Aku memang tak ada sedara-mara  yang berkedai atau buka warong dalam daerah Batu Pahat. Jadi tak ada sebab kenapa aku nak pilih kasih dalam mencadangkan nama-nama lokasi tempat ini.
Bab makan ini memanglah, tak boleh percaya cakap orang semata-mata sebab lain orang lain seleranya. Tetapi  dalam kunjungan aku beberapa kali atau singgah daerah Batu Pahat  memang premis inilah  tempat aku lepak santai makan....
1.Sop Kambing  R&R Sukiman Sahlan
yang terletak di Simpang  Parit Hamid, jalan Batu Pahat – Ayer Hitam.

2.Warong bakso Medan yang terletak di Kampong Belahan Tampok, Rengit  bersebelahan Masjid Jamik Darul Sakinah  berhadapan  Pakar  Perubatan Traditional terkenal  Ustaz Adi Wijaya . 
Pengusaha  warong ini membuat  sendiri bebola daging untuk aneka bakso jualannya, jadi tidak mustahil kalau  resepi bakso di warong ini  berbeza kelazatannya  dari  premis-premis lain di Malaysia. 
Satu lagi citarasa ABC yang hanya didapati di warong ini adalah : Es Tebak ! 
Ditubuhkan dari tahun 2000 dan diurus oleh ahli keluarga  sendiri sahaja dengan alasan untuk memastikan citarasa asli baksonya kekal sedap. Tetapi menurut kenalan yang datang  dan menikmati  keenakan bakso di premis tersebut  tindakan pengusaha warong itu adalah  ‘untuk memastikan rahsia  pembuatan  bakso sedap itu tidak bocor kepada pihak lain’....
Kelazatan menu di warong tersebut bukan setakat  menarik minat  penduduk  tempatan dan luar negeri, bahkan para pemimpin dan timbalan menteri juga sering berkunjung ke warong tersebut .

3. Lontong Warisan Haji Salim di Bazar Selera Parit Raja. Lontong dengan aneka pilihan lauk ini sudah beroperasi dari tahun 70 an lagi. Merupakan perniagaan turun temurun, citarasa asli keluarga ini masih kekal seperti zaman awal pembukaannya....

4. Nasi Goreng Gear Box. 
Lokasi perniagaan : berhadapan Sekolah Tunku Putra Tongkang Pechah Batu Pahat Johor.

5. Nasi Kari Kambing 40 Hari . 
Terletak di Jalan Ayer Hitam - Yong Peng. Jangan tersilap menilai citarasa masakan gulai kambing yang sedap di warong ini. Nasi unik ini mendapat  namanya bukan kerana kambing berusia 40 hari disembelih tetapi kerana pengusahanya mengikuti jemaah tabligh dan sering keluar 40 hari...  

6. Lontong goreng sedap.
Lokasi warong ini berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Peserai, Jalan Batu Pahat ke Muar, sebelah klinik bidan.

7. Pau Cendawan . 
Lokasi  perniagaan di Taman Budaya Batu  Pahat.



8. Mee Racun.

Akhir-akhir ini medan jualan mee racun tumbuh bagai cendawan selepas hujan kerana permintaan yang meningkat. Namun lidah saya merasakan citarasa enak mee ini adalah di Medan Selera Jalan Sultanah  dan  Taman Seri Jaya, Batu Pahat.




9. ABC Tropika.
Lokasi perniagaan  Pt  Rais , Pt  Raja. Terletak sebelah kiri  jalan dari Parit Raja ke Batu Pahat.


10. Pecel Lele (Ikan keli masak Pecel). 
Bagi peminat ikan keli masak pecel resepi top jawa, masakan pecel lele Batu Pahat  paling top, sedap  dan murah boleh di dapati di warong Bakso Medan, kampong Belahan Tampok, Rengit. 

Masakannya tidaklah terlalu pedas, tetapi santan lemak berempahnya menyebabkan pelanggan yang datang akan teringat-ingat dan teringin untuk mengulang semula  mencicipi masakan tersebut. 

Jangan marah jika anda datang untuk makan tengahari lauk pecel lelenya sudah habis  tetapi anda perlu datang lagi... Justru, mereka yang datang untuk makan bersama keluarga biasanya menembuat tempahan awal di warong tersebut ! 

Itulah 10 top pilihan keluarga kami jika datang bertandang ke Batu Pahat. Untuk membuktikannya, anda perlu datang juga untuk menikmati sendiri kelazatan dan keunikan selera Batu pahat ini.... 

No comments:

Post a Comment